i z a l i n . c o m

Tips penjagaan kesihatan, kecantikan dan pengurusan berat badan

Archive for February, 2009

Feb
28

Anda adalah apa yang anda makan

Posted under Info Makanan

Agaknya sudah beribu kali anda mendengar atau membaca ungkapan ini, “Anda adalah apa yang anda makan”. Oleh itu memilihlah bila makan. Kearifan orang dahulu tentang permakanan kini disahkan oleh kajian sains. Setiap makanan berkhasiat mempunyai corak menyerupai organ tubuh atau fungsi fisiologikal yang menggambarkan faedah makanan tersebut kepada seseorang yang memakannya.

Berikut beberapa contoh apa yang dimaksudkan:

karot
Lobak merah atau carrot yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia. YA, sains telah membuktikan lobak merah membantu pengaliran darah ke dan dari mata serta fungsinya.

tomato
Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan mempunyai 4 ruang. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan tomato adalah makanan untuk jantung dan darah.

anggur

Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan dewasa ini menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah.

kacang walnutKacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan sereberum bawah, neo-kortek pun ada juga. Kini kita telah tahu bahawa kacang walnut membantu mengeluarkan 3 dozen neurotransmiter untuk fungsi otak.

kacang bunus
Kacang bunus membantu menyembuh dan memelihara fungi buah pinggang. Ya kacang bunus nampak betul-betul seperti buah pinggang manusia.

sayur saderiSayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya permakanan anda tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat.

avokadoBuah terung, avokado, pear baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk buah-buahan tadi kelihatan seperti organ tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser serviks. Adakah fakta ini berkebetulan? Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.

buaharaBuah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa?

keledekKeledek menyerupai seperti pankreas dan ia sebenarnya dapat mengimbangkan indek glisemik pesakit kencing manis.

buah zaitunBuah zaitun pula baik untuk kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.

buah orenLimau grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.

bawang besarBawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata.

Sumber : http://www.wanibrahim.com

Feb
28

Makanan yang terbaik

Posted under Info kesihatan

sayuran segar

Bijirin

Beras perang

  • Bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding bijirin yang telah diproses seperti beras putih.
  • Pemprosesan memusnahkan 67% vitamin B3, 80% vitamin B1, 90% vitamin B6, 50% manganese, 50% fosforus, 60% zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan.
  • Khasiat ini bagus untuk meningkatkan tahap imun, merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko diabetes, obes, sakit jantung, mengurangkan asma dan pelbagai penyakit lain.
    Gandum penuh
  • Tepung gandum penuh atau produk yang diperbuat daripadanya seperti pasta, roti dan sebagainya.

Sayur-sayuran

Ubi Keledek

  • Kurang kalori berbanding ubi kentang, lebih manis dan penuh dengan vitamin C, beta keroten dan fiber.
  • Mampu meningkatkan tahap imun, mengurangkan risiko kanser kolon dan mengurangkan kolesterol.
  • Banyak kajian menunjukkan keledek adalah sayur yang paling berkhasiat. Lebih berkhasiat daripada brokoli, bayam dan lobak merah.
  • Umur untuk diperkenalkan : Lebih kurang 6 bulan. Ubi keledek merupakan antara makanan pertama bayi yang terbaik.

Cili benggala

  • Cili benggala amat tinggi dalam kandungan vitamin C dan merupakan sumber vitamin dan mineral lain. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari.
  • Cili benggala merah juga amat tinggi kandungan vitamin A.
  • Manis dan rangup, kegemaran kanak-kanak. Potong dan cicah dengan sos kegemaran kanak-kanak.

Bayam

  • Bayam sangat berkhasiat berbanding sayuran yang lain. Penuh dengan vitamin C, beta keroten, zat besi, kalsium, folate, vitamin B6, riboflavin, niasin dan thiamin.
  • Antara makanan yang terbaik untuk meningkatkan pengambilan zat besi di kalangan bayi/kanak-kanak.
  • Umur untuk diperkenalkan : 8-10 bulan.

Brokoli

  • Secawan brokoli yang telah dimasak mengandungi kalsium yang sama dengan 4 ounz susu, vitamin C seperti sebiji buah oren, dan sangat kaya dengan vitamin A. Brokoli juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B6, zat besi, magnesium, potassium, dan juga zink. Tinggi kandungan fiber tetapi kurang kalori.
  • Brokoli dengan khasiatnya dapat meningkatkan tahap imun, membina tulang yang kuat dan pelbagai lagi.
  • Umur untuk diperkenalkan : 8-10 bulan (dimasak dan dijadikan puri)

Buah-buahan

Pisang

  • Selepas bijirin, pisang antara makanan yang kerap dijadikan makanan pertama bayi. Mudah dihadam, sangat berkhasiat dan rasanya lazat.
  • Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium.
  • Pisang juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain, jadi ia tidak sesuai untuk mereka yang mengambil diet kurang karbohidrat, tetapi ia amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif.
  • Sesetengah orang menggelar pisang sebagai “anti-stress” kerana kandungan vitamin B6nya yang tinggi.
  • Potassium pula membantu fungsi otak dan saraf.
  • Umur untuk diperkenalkan : 6 bulan (puri atau lenyek)

Mangga

  • Rasa masam manis mangga sebenarnya bukan hanya sedap di tekak, tetapi ia juga kaya dengan gula dan asid amino.
  • Ia antara sumber terbaik vitamin A, C dan beta keroten.
  • Umur untuk diperkenalkan : 8-10 bulan (dimasak dan dipuri)

Buah Oren

  • Salah satu buah yang amat kaya dengan vitamin C (140% daripada keperluan sehari).
  • Kaya dengan folate, yang membantu mengelakkan sakit jantung dan kecacatan lahir.
  • Juga mengandungi potassium, thiamin, kalsium dan magnesium.
  • Buah oren (bukan jus oren) juga turut mengandungi fiber yang tinggi.
  • Umur untuk diperkenalkan : 12 bulan

Kiwi

  • Penuh dengan vitamin C, fiber dan potassium. 2 biji kiwi mengandungi 240% daripada keperluan vitamin C badan.
  • Mineral seperti copper dan magnesium amat sukar didapati dalam makanan-makanan lain. Kedua-dua mineral ini menguatkan tulang, perkembangan otak, fungsi-fungsi saraf dan imunisasi.
  • Warna hijaunya dan rasa manisnya sangat sesuai untuk menarik minat kanak-kanak.
  • Umur untuk diperkenalkan : 10-12 months (puri)

Kurma

  • Kurma tinggi kandungan gula semulajadi dan karbohidrat, jadi ia sumber tenaga yang sangat baik.
  • Tinggi kandungan zat besi dan pelbagai khasiat lain.
  • 5-6 biji kurma bersamaan 1 hidangan buah-buahan.
  • Bagus untuk anemia, sembelit dan keletihan. Sesetengah orang menggunakan kurma untuk merawat batuk, selsema, demam, sakit tekak dan pelbagai sakit lain.
  • Umur untuk diperkenalkan : 10-12 bulan (puri).

Strawberi

  • Tinggi kandungan vitamin C, dan 12 lagi vitamin dan galian termasuk zat besi, asid folik, fiber, dan potassium.
  • Umur untuk diperkenalkan : selepas 12 bulan.

Produk Tenusu

Yogurt dengan probiotik

  • Tinggi kalsium, bakteria baiknya membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun, lembut dan berkrim, juga sumber protin yang baik.

Susu

  • Kandungan kalsium yang sangat tinggi. Sumber vitamin D.

Daging dan Kekacang

Kacang soya dan produk soya

  • Tauhu, susu soya, taufufa dan lain-lain produk soya kaya dengan pelbagai khasiat termasuk protin, tinggi kandungan asid lemak, pebagai vitamin, galian dan fiber.

Kacang dal

  • Tanpa lemak tetapi kaya dengan 5 galian terpenting, 2 vitamin B, dan protin.

Daging

  • Kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium.

Ikan Salmon

  • Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protin, vitamin D, selenium dan vitamin B6.

Sumber : www.ratuhati.com

Feb
28

Khasiat buah-buahan

Posted under Info kesihatan

KIWI
Mengandungi sumber2 seperti kalium,magnesium,Vitamin E dan serat.Juga mengandungi Vitamin C sebanyak 2 kali ganda berbanding sebiji oren.

EPAL
Makan sebiji epal sehari menjauhkan kita dari berjumpa doktor.Walaupun sebiji epal mengandungi Vitamin C yang rendah,ia ada antioksidan dan flavonoids yang mampu menambahkan aktiviti untuk Vitamin C.Dengan itu menolong menurunkan risiko barah kolon,sakit jantung dan angin ahmar.

OREN
Ubat yang termanis!mengambil 2 atau 4 biji sehari dapat menjauhkan dari selesema,kolesterol yang lebih rendah,cegah dan larutkan batu buah pinggang dan juga memperkecilkan barah kolon.

TEMBIKAI

Menghilangkan dahaga.Terdiri daripada 92% air,juga mengandungi gluthathione yang menolong menggalakkan sistem imun kita.Ia juga adalah suatu sumber lycopene yg penting.Nutrien lain yg terdapat dalam tembikai ialah Vitamin C dan kalium.

STRAWBERI

Buah perlindungan.Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.

JAMBU DAN BETIK

Anugerah teratas untuk Vitamin C.Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit.Betik kaya dengan karotin yang amat baik untuk mata.

Feb
28

Kebaikan buah kurma

Posted under Info kesihatan

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada
kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang
sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma
pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab
yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah
satu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah
kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu
dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak
diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa
memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing
yang ada di perutnya akan mati”.

Feb
28

Kalori dalam makanan

Posted under Info Kalori Makanan

Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10.
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman
1. minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal
2. minuman kotak 250g – 105 kal
3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal
4. susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal
5. aiskrim 2 skop- 390 kal
6. susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal
7. yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal

Lain- Lain
1. mentega 2 sudu teh – 75 kal
2. keju chedar 1 keping -58 kal.

Sumber : Kawan-kawan siber

Feb
28

Kaitan air dan menguruskan badan

Posted under Pengurusan berat badan
  • Dalam tubuh kita ,Air diantaranya berfungsi menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan racun. Selain itu tahukah anda apabila air putih itu dapat membantu mengurangi berat badan?
  • Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi energi.
  • Air berperanan sebagai bahan bakar untuk mendorong reaksi kimia metabolisme. Jika anda tidak minum cukup air, anda tidak akan dapat membakar kalori dengan baik.
  • Metabolisme meningkat dengan bersenam dan airlah yang berperanan memaksimakan metabolisme tersebut kerana itu minum banyak air sebelum, semasa dan sesudah bersenam.
Feb
26

Apa yang anda perlu tahu bila ingin menguruskan badan

Posted under Pengurusan berat badan
  • Untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan, anda mesti ada matlamat kenapa anda ingin kurangkan berat badan.  Mengurangkan berat badan bukanlah jawapan untuk semua masalah anda tetapi ia boleh mengubah anda kepada berat badan yang sihat dan meningkatkan keyakinan anda, kerja anda, kehidupan sosial anda, kepercayaan pada diri sendiri dan boleh berinteraksi dengan orang lain.
  • Menguruskan badan tidak melibatkan diet yang menjadi kegemaran anda atau cara makan yang aneh.  Anda boleh menguruskan badan dengan selamatnya sekiranya makanan yang seimbang kurang lemak diambil dengan jumlah yang sederhana.
  • Makanan yang anda ambil akan bertukar menjadi tenaga.  Tenaga boleh didapati daripada protin, karbohidrat dan lemak.  Tenaga disukat dengan kalori.  Kurangkan kalori dari makanan dan minuman.  Sekiranya anda mengambil kalori yang lebih dalam pemakanan anda dan kurang bakar lemak,  tambahan tenaga akan menyimpannya sebagai lemak.  Badan menggunakan banyak tenaga apabila anda bersenam dan ia akan mengurangkan lemak di dalam tisu badan anda.
  • Makanan yang berlemak hendaklah dikurangkan.  Elakkan daging berlemak tinggi seperti sosej dan daging kisar. Ayam hendaklah dimakan tanpa kulit dan ikan hendaklah dipanggang, bakar atau ketuhar dan tidak digoreng.  Pilih daging yang telah dibuang lemaknya.   Kurangkan makanan manis, gula, pai dan pastry berempah, biskut, kek, makanan rangup dan kacang.  Semua ini berlemak tinggi dan kurang nutrien.  Gantikan susu berlemak penuh dengan yang kurang lemak seperti susu kurang lemak, yogurt kurang lemak dan keju kurang lemak.
  • Sentiasa melakukan senaman kerana ia penting untuk anda.  Tiga kali seminggu dalam jangkamasa dua puluh minit sehari boleh membakar lemak.  Lakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti berjalan, memanjat tangga dan tidak menggunakan lift, berbasikal dan berenang.  Menari juga adalah cara yang baik untuk senaman tambahan.  Ia boleh mengurangkan berat badan dan  kesihatan dan kesegaran badan akan menjadi bertambah baik.  Berat badan anda akan sentiasa berubah setiap hari.  Oleh itu, timbang berat anda seminggu sekali.
  • Anda mesti makan secara teratur.  Jangan tinggal waktu-waktu makan anda.  Apabila hendak makan, gunakan pinggan yang kecil supaya makanan anda nampak banyak.  Anda mesti lebih prihatin terhadap apa yang anda makan.  Elakkan makan snek waktu malam dan makan di hadapan TV.
  • Jangan fikir untuk mengurangkan pengambilan makanan secara mendadak (makan ganti kalori rendah, minuman, sup dan sebatang snek).  Makanan-makanan ini tidak memberi makanan seimbang bernutrien seperti makanan biasa.  Air dan protin akan hilang daripada badan dan bukannya lemak yang berlebihan.  Apabila anda makan seperti sediakala, air dalam badan akan bertambah dan ini akan menambahkan lagi berat badan anda.  Mereka yang mengamalkan cara pemakanan begini akan menambahkan lagi berat badan mereka setiap kali mereka makan seperti biasa.

Sumber : http://ms.shvoong.com

Feb
23

Kadar Metabolisme

Posted under Pengurusan berat badan

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan kadar metabolisme tubuh rendah:

  1. Diet yang melampau (kurang makan)
  2. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula
  3. Kurang bersenam

Cara  meningkatkan Kadar metabolisme

  1. Elakkan skip makan
  2. Selalu bersenam
  3. Minum 8-10 gelas air sehari
  4. Elakkan alkohol dan makanan tinggi kandunagan gula
  5. Kuatkan otot-otot tubuh dengan melakukan senaman angkat berat
Feb
23

Penting sebelum berdiet

Posted under Pengurusan berat badan

Dua perkara penting sebelum anda ambil keputusan untuk berdiet’

1. Berfikiran positif

  • Apa sahaja yang diperkatakan tentang diri seseorang secara berulang kali mampu mempengaruhi pemikiran serta hati dan perasaan seseorang.
  • Tonjolkan kebolehan yang kita ada.

2. Tidak perlu Sengasara

  • Kebanyakan orang salah anggap dengan berdiet. Ramai yang menganggap bahawa berdiet adaalh dengan makan dengan sedikit.
  • Diet dengan cara ini memang mampu menurunkan berat tetapi lama-kelamaan ia akan naik semula kerana makan dengan jumlah sedikti akan membuat anda berasa lapar dan akan mendorong anda makan dengan lebih banyak.
  • Selain itu makan dengan sedikit boleh menurunkan kadar metabolisme seseorang dan ini boleh menyebabkan pembakaran kalori yang perlahan.
Feb
18

Jadual pengambilan shake Herbalife

Posted under Pengurusan berat badan

Sarapan : Shake Herbalife

Makan Tengahari : Makan seperti biasa

Makan Malam : Shake Herbalife

atau

Sarapan : Shake Herbalife

Makan Tengahari : Shake Herbalife

Makan Malam : Makan seperti biasa

atau

Sarapan : Makan seperti biasa

Makan Tengahari : Shake Herbalife

Makan Malam : Shake Herbalife

Untuk kesan yang lebih cepat, kurangkan makanan
yang berlemak tinggi seperti masakan bersantan, bergoreng dan
bergula tinggi.


Untuk yang berpuasa;


Sahur : Shake Herbalife

Berbuka : Makan seperti biasa

10-11 malam : Shake Herbalife


<!– /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:”"; margin:0cm; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”; mso-ansi-language:MS;} @page Section1 {size:612.0pt 792.0pt; margin:72.0pt 90.0pt 72.0pt 90.0pt; mso-header-margin:36.0pt; mso-footer-margin:36.0pt; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –> Tea Mix diambil 3-4 cawan sehari pada bila-bila masa.
Blog Widget by LinkWithin