Mar
31
Posted under
Info Makanan Kenapa Green Tea Istimewa?
Rahsia Green Tea ialah ia kaya dengan catechin polyphenols, khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Selain dari merencat pertumbuhan sel barah, ia membunuh sel barah tanpa mencederakan tisu sihat. Ia juga berkesan untuk menurunkan aras kolesterol LDL dan rencat pembentukan gumpalan darah tak normal. Thrombosis (pembentukan gumpalan darah tak normal) adalah penyebab utama serangan jantung dan stroke.
Kesemua jenis tea berpunca daripada pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan daun yang membeza tiga jenis tea utama: hijau, hitam dan oolong.
Daun Tea yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna ataupun mengalami penapaian. Selepas penwapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam Green Tea tidak terjejas dan menjelaskan kenapa Green Tea lebih bermanfaat berbanding tea lain.
Kebaikan green Tea.
Terdapat 4 jenis utama polyphenol dalam Green tea yang dikenali sebagai catechins.
Antioksidan yang kuat dan telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan keatas kesihatan seluruh badan.
Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan badan pada tahap sel dan badan menjadi lemah terhadap barah., penyakit jantung dan banyak lagi penyakit degeneratif.
EGCG adalah antioksidan yang potensi.
Epigallocatechin gallate (EGCG), antioksidan yang terdapat dalam Green Tea adalah 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan. Antikoksidan ini dianggar 2 kali ganda lebih baik daripada resveratol yang terdapat dalam wine merah.
Kebaikan Istimewa Green Tea
- Mengurangkan tekanan darah tinggi. Green Tea rencat angiotensin II yang boleh meningkatkan tekanan darah.
- Mengurangkan aras gula darah. GreenTea Polyphenols dan polysaccharides dalam Green Tea dengan berkesan menurunkan aras gula dalam darah.
- Melawan Barah. Banyak kajian saintifik telah menunjukkan yang catechins Green Tea berkesan menghalang barah.
- Menguatkan system imun. Kerana ia mengandungi polyphenols dan flavenoids pada kepekatan yang tinggi.
- Menurunkan Aras Kolestrol. Antioksidan dalam Green Tea telah dibuktikan menurunkan Kolestrol.
- Galak Pembakaran Lemak
Green tea bukan sahaja galak kehilangan lemak tetapi khususnya kehilangan lemak di vescera iaitu lemak yang terkumpul di tisu yang menyelaputi kaviti obdomen dan usus (Viscera) dan organ dalaman. Tidak seperti lemak deposit di punggung dan paha (yang menghasilkan bentuk badan buah ‘pear’), lemak viscera (menghasilkan bentuk badan buah ‘epal’) dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolic dan diabetis jenis 2. Terdapat 3 komponen utama dalam Green tea yang menggalakkan kehilangan lemak iaitu catechins, caffeine dan theanine. Green Tea menggalak kehilangan lemak dengan cara merencat gastric dan pancreatic lipace.
Kesan Sampingan.
Sehingga hari ini, kesan samping yang dilaporkan berlaku ialah sukar tidur kerana terdapat caffeine dalam Green Tea. Namun begitu kandungan caffeine dalam Green Tea amat sedikit berbanding kopi.
Sumber: maaf dah lupa copy kat mana…
Mar
25
Posted under
Info Makanan Kumpulan Makanan MERAH

Lycopene
merupakan karotenoid yang bertanggungjawab terhadap warna merah tomato.
Walau bagaimanapun, kandungan lycopene dalam tomato akan hanya
meningkat ketika buah berada dalam keadaan matang (tomato akan menjadi
lebih merah) dan perbezaan akan lebih jelas kelihatan pada pelbagai
jenis tomato. Sebagai contoh, tomato merah mempunyai kandungan lycopene
yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan tomato kuning.
Lycopene
bertindak sebagai ajen anti-oksidan yang mampu mambantu badan menyerap
radikal bebas dan juga membaiki sel-sel badan yang telah rosak. Di
samping itu lycopene mampu menyahkan toksin yang boleh menyebabkan
penghasilan sel-sel barah. Kumpulan makanan merah adalah seperti
tomato, tembikai, lada merah, limau gedang merah jambu dan merah.
Kumpulan makanan ini juga mengandungi vitamin dan mineral yang lain
selain daripada lycopene. Biarpun begitu ada sesetengah buah-buahan
yang mengandungi lycopene tidak berwarna merah seperti buah jambu batu.
Kandungan lycopene di dalam buah jambu batu adalah rendah.
Kumpulan Makanan JINGGA

Beta-karotene
adalah sejenis karotenoid yang menyebabkan lobak merah jingga. Ia
banyak dijumpai di dalam makanan berwarna jingga. Badan kita mampu
menukar beta-karotene kepada Vitamin A jika diperlukan. Beta-karotene
bertindak sebagai agen anti-oksidan yang membantu melindungi badan kita
dari kebanyakan jenis kanser dan penyakit jantung, bahkan ia juga mampu
memperlahankan kemaraan penyakit-penyakit mata seperti katarak dan
macular degeneration atau kemerosotan macular dari merebak. Lobak,
buah labu, mempelam dan buah aprikot adalah sebahagian contoh kumpulan
makanan berwarna jingga. Selain daripada mengandungi beta-koratene,
kumpulan makanan berwarna jingga ini mengandungi vitamin dan mineral
lain yang memainkan peranan dalam mempertingkatkan tahap kesihatan
kita. Sebagai contoh, buah labu merupakan sumber Vitamin B6. Selain itu
sahaja, sayur-sayuran hijau seperti bayam mengandungi beta-karotene.
Warna jingga beta-karotene dilitupi oleh warna hijau klorofil
Kumpulan Makanan JINGGA KUNING

Makanan
dalam kumpulan ini mengandungi beta-crytoxanthin yang diklafikasikan
secara kimia sebagai xanthophylls. Ia mengandungi ajen anti-kanser dan
mampu mempertingkatkan fungsi jantung. Beta-crytoxanthin membekalkan
aktiviti anti-oksidan dalam badan kita. Nenas, oren, betik, jagung
manis, nectarines (sejenis buah pic yang kulitnya tidak berbulu), buah
limau nipis dan pic (sejenis buah yang berwarna kuning kemerahan)
tergolong dalam kumpulan makanan jingga kuning. Buah pisang membekalkan
Vitamin B6 yang mampu mengawal hormon. Bromelain yang terkandung di
dalam nenas dan papain yang dijumpai di dalam betik merupakan enzim
proteolitik yang mampu membantu untuk memperkembangkan lagi fungsi
penghadaman badan kita.
Kumpulan Makanan HIJAU KUNING

Makanan
dalam kumpulan ini mengandungi kebanyakannya lutein dan zeaxanthin.
Lutein dan zeaxanthin adalah pigmen kuning berkepekatan tinggi yang
dijumpai dalam buah-buahan berwarna kuning dan sayuran yang daunnya
berwarna hijau tua. Kawasan retina di mata kita dikenali sebagai
macula. Pengambilan tinggi buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya
dengan lutein dan zeaxanthin dalam diet pemakanan mampu mengurangkan
risiko penyakit kemerosotan macular yang berkaitan dengan usia.
Bayam, buah avocado, kacang hijau, kale atau kubis, collard greens dan
mustard greens adalah dari kumpulan makanan hijau kuning.
Kumpulan Makanan HIJAU

Glucosinolates,
sulforaphane, isothiocyanates dan indoles adalah sebahagian komponen
yang biasa wujud dalam kumpulan makanan ini. Sulforaphane adalah bahan
kimia tumbuhan yang mempunyai aktiviti anti karsinogenik. Sulforaphane
dan isothiocyanates merupakan ajen anti oksidan dan juga perangsang
enzim penyahtoksin asli yang mujarab dalam badan kita. Indoles mampu
mengelakkan sel-sel badan dari kerosakan sel dan penyakit kanser.
Brokoli (kubis bunga warna hijau), kubis Brussels. Bok Choy, kubis
bunga dan kubis adalah terdiri daripada ahli-ahli kumpulan hijau.
Kebanyakan sayuran cruciferous (tergolong dalam keluarga sayur kubis)
dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kanser. Brokoli
merupakan satu sumber Vitamin A, Vitamin C, beta-karotene dan asid
folik yang sangat baik. Manakala kubis tidak mengandungi kolesterol.
Kandungan kalorinya rendah dan ia merupakan sumber Vitamin C yang
bagus. Kubis bunga pula merupakan sumber folat yang baik.
Kumpulan Makanan PUTIH

Kebanyakan
makanan dari kumpulan ini mengandungi allyl sulfides. Sebatian sulfur
ini membuatkan makanan berasa pedas atau berbau tajam. Ia juga
merupakan ajen anti-tumor. Bawang putih, bawang merah, kucai dan bawang perai tergolong dari kumpulan makanan putih. Bawang putih dikenali mampu mengurangkan tahap kolesterol dan tekanan dalam darah.
Makanan Kumpulan UNGU

Anthocyanin
menyebabkan kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga berwarna
merah, voilet (ungu), ungu dan biru. Ia adalah pigmen yang mudah larut
dalam air dan mampu memantulkan warna merah hinggalah ke biru. Anthocyanin
berfungsi sebagai ajen anti oksida. Ia mampu melindungi badan dari
kerosakan osidatif yang menyebabkan penyakit jantung, kanser dan penuaan.
Anggur ungu, beri biru, beri hitam, raspberi, kranberi, plum, buah
prun, kismis, buah terung, blackcurrant dan kubis ungu tergolong dalam
kumpulan makanan ungu.
Sumber : Pn. Nurlina (kelab diet.com)