Archive for January, 2010
Jan
27
Posted under
RX-LITE SLIMMING DRINK

Harga Pasaran Seunit
(1 kotak 30 paket)
Semenanjung : RM 138.00
Sabah/Sarawak : RM 148.00
RXLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita. RXLite akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protien dalam badan , dan menambah kalsium dalam tubuh. RXlite amat sesuai diamalkan untuk orang yang mahu menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
RXLite mengandungi L-Carnitine yang memmbantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak. Dengan jumlah protien yang cukup, ia membantu menguruskan badan tanpa menyebabkan badan menjadi menggeleber.
RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & ‘Cancer Survivor’ yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara.
Program pelangsingan beliau iaitu ‘Slim For Life’ merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program ‘Mari Bersenam’ di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu.
Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.
Soalan-soalan lazim:
1. Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.
2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat “shake” buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.
3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine – dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan ‘portion’ pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan ‘portion’ lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.
4. Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.
5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?
RxLite tidak sesuai bagi:
1. Kanak-kanak di bawah 12 tahun,
2. Ibu mengandung,
3. Mereka yang mempunyai sejarah sawan
4. Mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.
SENARAI HARGA
Harga :
1 kotak – RM138.00 (30 sachet)
Pek Percubaan :
10 sachet – RM50.00
20 sachet – RM95.00
Kos Penghantaran:-
Semenanjung – RM6.00
Poslaju – Sabah / Sarawak – RM10.00
NAK RX-LITE 2 KOTAK DENGAN HARGA RM198?
NAK BUAT DUIT DENGAN RXLITE?
SUNGGUH MUDAH…
Daftarkan diri anda sebagai ahli/dealer dengan bayaran cuma RM207.90
Anda akan mendapat :
1) Keahlian ( RM9.90)
2) 2 kotak RxLite (setiap kotak mengandungi 30 sachet) ( RM198)
Sila emailkan sebarang pertanyaan ke orkidhomebiz@gmail.com atau hubungi/SMS 013-6293766 ( Lin)
Atau anda boleh mendaftar terus ke laman web berikut:
http://www.ProjekCopyCat.com/linaziz

Jan
14
Posted under
sauna belt
SAUNA BELT
RM 85

Hapuskan lemak yang tidak diingini dengan pantas.
Sesuai digunakan pada bahagian perut, pinggul, paha.
CARA MENGGUNAKAN SAUNA BELT
1. Pasangkan sauna belt pada bahagian perut atau bahagian yang diperlukan.
2. Pusing penggubah suhu sehingga mencapai tahap kepanasan yang diinginkan.
3. Sauna belt akan mati/off sendiri selepas 50 minit.
4. Pastikan anda mencabut plug sauna belt selepas digunakan.
5. Bersihkan sauna belt menggunakan tuala yang bersih.
6. Rehat 15-20 minit selepas menggunakan sauna belt sebelum mandi.
TIPS MENGEMPISKAN PERUT
1. Amalkan memakai sauna belt selama 50 minit setiap hari. Di galakkan untuk minum air panas/suam sebelum dan selepas menggunakan sauna belt.
CIRI – CIRI UTAMA SAUNA BELT
1. Infrared – Memancarkan tenaga infrared sejauh 8-12 milimeter ke bawah kulit untuk memecahkan lemak dan membakar kalori dengan pantas.
2. Traditional Chinese Meridian Function – Dengan menggunakan fungsi pemulihan Chinese Meridian, sauna belt ini membantu melancarkan perjalanan darah, membuatkan diri relax, menghilangkan letih dan membantu badan supaya segar.
3. Navel Heat Therapy – Sauna belt ini juga membantu proses pencernaan dan penghadaman.
4. AC Power supply & CE Approved
5. Membantu menghilangkan lemak berlebihan dan membantu menurunkan berat badan.
6. Sauna peribadi anda yang boleh digunakan di mana-mana & pada bila-bila masa.
7. Sauna belt ini membantu mengeluarkan peluh & toksin yang tidak diperlukan oleh badan.
8. Sesuai digunakan pada bahagian perut, pinggul, paha, belakang, lengan dan tempat-tempat yang lenguh.
MANUAL PENGGUNAAN SAUNA BELT
1.Jangan cucuk sauna belt dengan pin, jarum atau sebarang objek apabila sedang menggunakan sauan belt.
2. Jangan basuh sauna belt in menggunakan mesin basuh. CUkup sekadar mengelap menggunakan tuala bersih.
3. Jangan gunakan sauna belt ini apabila berada di bawah pengaruh dadah, ubat dan alkohol.
4. Kanak-kanak dilarang untuk menggunakan sauna belt ini.
5. Jangan tidur apabila sedang menggunakan sauna belt ini.
6. Jauhkan sauna belt ini daripada air.
7. Wanita mengandung dilarang menggunakan sauna belt ini.
TEKNIKAL SPECIFICATION
1. Supply – AC220-240V/50-60Hz
2. Automatic switch off time – Approximately 50 min
3. Temparature – 34?C-75?C ( Adjustable)
Jan
12
Posted under
Info Makanan 
Rasanya semua orang dah tahu makan ulam ni baik untuk kesihatan.


Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka.
Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.
Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya.
Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di pasaran seperti rebung, cekur manis, jering, petai, ulam raja dan sebagainya.
Sementara ulam beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus antara ulam yang sukar dicari, malah ia juga kurang dikenali walaupun dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.
Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.
Antaranya, ulam pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
Kangkung pula sejenis sayuran yang murah dan mudah diperoleh kerana tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air, dikatakan dapat membantu mengurangkan kesakitan penyakit buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut.
Jering pula didapati mengandungi banyak zat, antaranya protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.
Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Khasiat petai bergantung kepada umur dan kesegaran biji petai tersebut. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat, dikatakan kurang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Disebabkan khasiat yang terselindung, ulam-ulaman diminati ramai biarpun rasanya pahit dan baunya busuk.
Sebolehnya, jadikanlah ulam sebagai makanan wajib dalam hidangan kerana selain ia mampu membuka selera, turut ‘dijamu’ khasiatnya yang tinggi tidak kira dari segi pemakanan mahupun perubatan.
Untuk itu, para petani perlu memainkan peranan menanam pokok-pokok ulam secara komersial bukan hanya mengharapkan ia tumbuh melata di hutan atau kebun mereka.
Jan
11
Posted under
About Herbalife Program Peribadi untuk Pengurusan Berat Badan

Pengurusan berat badan adalah asas kepada Herbalife sejak 27 tahun lalu. Fokus utama program ShapeWorks™ adalah untuk membantu orang ramai menguruskan berat badan dan mencapai kesihatan optimum.
Dengan bertambahnya gejala obesiti di seluruh dunia, adalah sungguh jelas sekali bahawa kehadiran Herbalife pada masa ini adalah amat diperlukan.
Tubuh anda adalah unik. Dengan pengetahuan betapa pentingnya untuk mencapai dan mengekalkan tubuh yang sihat demi kegembiraan dan ketenangan fizikal dan mental. Itulah sebabnya Herbalife membangunkan satu diet hanya untuk anda.
ShapeWorks™ adalah satu kejayaan cemerlang program pengurusan berat badan yang terhasil daripada falsafah dan teori penyelidikan serta ujian klinikal Dr David Heber, seorang pakar nutrisi yang terkenal dalam kajian obesiti. Beliau merupakan pengerusi Lembaga Penasihat Saintifik dan Perubatan Herbalife.
ShapeWorks™

Jika anda pernah mencuba untuk menghilangkan berat badan sebelum ini dan gagal, jangan berputus asa. Program ShapeWorks™ menggabungkan Nutrisi Selular dan kuasa protein supaya anda boleh mengawal rasa lapar anda, mengekalkan metabolisme yang sihat dan rasa bertenaga sambil anda menghilangkan kilo yang tidak dikehendaki.
Program ShapeWorks™ mudah, senang diikuti dan enak, menawarkan semua yang anda perlukan untuk mengurangkan berat badan yang berkekalan dengan berjaya.
Mencapai Diri yang Lebih Sihat
Mencapai matlamat berat badan ialah langkah pertama ke arah mencapai kesihatan yang baik. Sebagai peneraju industri pengurusan berat badan dan nutrisi selama lebih 27 tahun, Herbalife boleh menolong anda mencapai kehidupan yang lebih sihat dan seimbang dengan membantu anda menguruskan berat badan untuk kesihatan yang baik.
Kesihatan yang baik bermula dengan Nutrisi Selular
Mengoptimumkan Kesihatan Anda dengan Nutrisi Selular
Untuk rasa sihat anda mesti menjadi sihat. Dan untuk menjadi sihat, anda perlu menyuburkan sel anda. Kami menamakannya Nutrisi Selular, dan ia menjadi asas saintifik kepada setiap produk yang kami tawarkan. Dengan membekalkan sel-sel anda dengan nutrien yang seimbang, sel-sel anda menjadi semakin terbuka, membenarkan ia menyerap dan memproses nutrient. Melalui Nutrisi Selular, Herbalife telah mencipta asas yang terbaik untuk pengurusan berat badan dan hasil yang kekal.
Memperibadikan Pengurusan Berat Badan dengan Shapeworks
Nutrisi dan kuasa protein adalah teras kepada Shapeworks. Satu kejayaan cemerlang dalam pengurusan berat badan, Shapeworks berdasarkan teori yang diuji secara klinikal dan falsafah Dr David Herber, Ketua Pusat Nutrisi Manusia dan Pengerusi Lembaga Saintifik dan Perubatan Herbalife. Dengan 26 tahun sebagai peneraju dalam industri pengurusan berat badan, kami telah mereka bentuk Shapeworks untuk menolong anda mengawal rasa lapar dengan berkesan-cabaran #1 yang dihadapi oleh mereka yang berdiet. Dengan kebolehan untuk menyukat protein secara peribadi, Herbalife telah mencipta kombinasi jaya dengan Shapeworks.
Makmal Nutrisi Selular dan Molekular Mark Hughes
Sebagai peluasan kepada komitmen pengasas Herbalife Mark Hughes kepada kajian saintifik, University or Carlifornia di Los Angeles, telah menubuhkan Makmal Nutrisi Selular dan Molekular Mark Hughes. Makmal ini sebahagian daripada Pusat Nutrisi Manusia UCLA yang tersohor diketuai oleh Pengarah Pengasas Dr David Herber, Profesor Perubatan dan Kesihatan Awam di UCLA.* Herbalife telah menetapkan kriteria untuk mengkaji semula semua produk yang dikeluarkan untuk memastikan piawaian kualiti yang paling tinggi. Semua produk yang mencapai tahapgarispanduan ini telah diperakukan Nutrisi Selular yang diakui.
Herbalife dan Pengurusan Berat Badan
Lebih 26 tahun dahulu, Herbalife ialah salah satu syarikat yang merintis produk-produk serbuk pengurusan berat badan. Hari ini, Herbalife menjual produk-produk ini di lebih 60 negara do merata dunia.
Efektif dan Mudah
And tidak perlu meninggalkan hidangan dengan sengaja untuk berjaya dengan Herbalife. Sebaliknya, program pengurusan berat badan kami menggalakkan anda mengambil snek yang sihat. Program kami ialah program pengurusan badan yang menawarkan pilihan yang paling banyak dan efektif yang anda boleh cuba, dan ia mungkin merupakan satu-satunya program pengurusan badan yang anda perlukan!
Hasil pengurusan berat badan berbeza-beza daripada seorang kepada seorang. Anda dinasihati supaya merujuk kepada pakar perubatan sebelum memulakan program ini atau program pengurusan berat badan yang lain.
-
Dibangunkan secara saintifik dan dikeluarkan pada piawaian pengekstrakan, ShapeWorks Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink menyediakan nutrisi seimbang dengan protein soya dan Nutrisi Selular sebagai asasnya.
-
Terlalu sibuk untuk makan pagi? Terlalu letih untuk memasak? Minumlah shake! Bungkusannya yang mudah dibawa ke mana-mana memudahkan anda memperoleh nutrisi yang bagus tanpa bersusah payah!
-
Lupakan diet suram yang berkisar di sekeliling beberapa barang yang spesifik. Dengan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorks, anda masih boleh makan makanan lazat yang memuas dan mengenyangkan.
-
Tiada lagi diet turun-naik. Program Pengurusan Berat Badan Herbalife adalah lebih daripada diet- ia adalah cara hidup yang sihat. Selepas mencuba produk-produk ini, banyak pelanggan Herbalife berasa lebih sihat, dan tidak pernah terbayang untuk meninggalkan program ini.
-
Produk-produk Herbalife menghasilkan rasa vitaliti dan kesejahteraan. Banyak pelanggan yang bercerita tentang peningkatan tenaga yang membolehkan mereka menghabiskan masa melakukan aktiviti yang mereka gemar.
-
Anda boleh menjimatkan bil makanan kerana anda tidak lagi teringin untuk membeli makanan dalam bungkusan yang mahal seperti coklat, biskut , gula-gula, kerepek dan snek lain yang tidak menyihatkan.
Memperibadikan Pengurusan Berat Badan
Nutrisi Selular dan Kuasa Protein
Di Herbalife, kami memahami cabaran yang anda hadapi bila anda ingin menguruskan berat badan. Itulah sebabnya kami mencipta Program ShapeWorks. Satu kejayaan cemerlang dalam pengurusan berat badan, Program ShapeWorks ini menggabungkan warisan 26 tahun dengan kajian saintifik terkini.
Dengan menggabungkan Nutrisi Selular dengan kuasa protein, anda akan mengalami lebih tenaga dan boleh mengawal rasa lapar bila anda mengurangkan berat badan. Program ShapeWorks ini mudah, menyihatkan, dan yang bagus sekali- ia berkesan!
Semudah 3-2-1
Program ShapeWorks, pengurusan berat badan adalah semudah:
3 kali sehari – Ambil suplemen anda tiga kali sehari bagi meningkatkan kesihatan anda di samping memberi badan anda kebaikan Nutrisi Selular.
2 Shake, Sukatan Peribadi – Nikmati dua shake pengganti sajian, yang disukat secara peribadi mengikut keperluan protein badan anda, meningkatkan metabolisme dan mengelakkan rasa lapar. Tidak perlu mengira kalori. Shake adalah mudah, lazat dan menyeronokkan.
1 Hidangan Berwarna-warni – Makan hidangan yang menyihatkan termasuk banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni.
Ikuti pelan yang mudah ini dan anda akan mencapai hasil yang menyihatkan.
Kenapa pengurusan berat badan anda sukar sebelum ini?
Mungkin kerana anda belum menemui program pengurusan berat badan yang boleh menolong anda membuang kilo dan mengurangkan semtimeter, sambil kekal sihat pada masa yang sama. ShapeWorks boleh melakukannya untuk anda.
Ia program seimbang yang menyihatkan dan boleh diperibadikan mengikut komposisi dan bentuk badan anda yang unik. Ia membantu mengawal rasa lapar dan membuat anda sentiasa berasa sihat dan segar.
Jan
07
Posted under
Info Makanan
|

|
|

|
SERAI
Kandungan citral di dalam tumbuhan ini amat berkesan dalam membantu proses pencernaan,melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsang sistem badan. Malah, turut membantu anda menurunkan suhu badan.
|
|
KURMA
Kajian membuktikan buah ini adalah antara makanan yang paling pantas diproses bagi membekalkan tenaga. Memandangkan selepas bersalin, anda perlu menggabungkan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan tenaga dan darah yang berkurangan, jadi kurmalah pilihan yang sesuai. Apatah lagi, ia turut kaya dengan unsur zat besi dan kalsium bagi merangsang penghasilan susu ibu.
|

|
|

|
LADA HITAM
Rempah ini memiliki banyak khasiat. Terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat untuk memanaskan badan. Antara lain, ia dapat melancarkan aliran darah, mengatasi perut kembung dan mengubati sakit serta pening kepala.
|
|
BAWANG PUTIH
Bahan masakan ini mengandungi tinggi karbohidrat, sedikit protein, serat dan lemak. Selain itu, vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan seperti vitamin C, zat besi dan potassium banyak terkandung di dalamnya. Lantaran itu, ia sangat baik untuk menyembuhkan luka. Amalan memakan bawang putih sangat elok diamalkan kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.
|

|
|

|
KUNYIT
Tumbuhan yang diklasifikasikan sebagai paling banyak bermanfaat dalam dunia perubatan ini mampu membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.
|
|
HALIA
Mengandungi atsiri, damar, mineral sineol, vitamin A, B1, C dan protein menjadikannya baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan. Lebih daripada itu, rasa dan aroma pedasnya dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.
|

|
LENGKUAS
Tumbuhan yang diklasifikasikan sebagai paling banyak bermanfaat dalam dunia perubatan ini mampu membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.
Dari laman web PA & MA
|
Jan
07
Posted under
Tips langsing 6 rahsia langsing selepas bersalin
Berat badan naik selepas melahirkan? Anda tidak perlu berdiet sakan menahan makan kerana ada banyak cara lain yang boleh dilakukan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN ada rahsia yang boleh anda usahakan jika mahu kelihatan lebih menawan.
1. Gaya Tersendiri
Apa yang anda sarungkan di tubuh merupakan pasport kepada penampilan diri yang anggun. Jika tersalah cara, dikhuatiri ia bakal menjadi di sebaliknya pula. Oleh kerana itulah amat penting untuk anda memilih pakaian yang benar-benar padan dengan bentuk tubuh baru selepas melahirkan. Dengan yang demikian, diharapkan pakaian berkenaan mampu menampilkan diri dalam keadaan yang lebih kecil daripada saiz asal.
Dalam masa yang sama, cari dan cipta gaya baru yang tersendiri. Asalkan ia secocok dengan keadaan bentuk fizikal anda. Jika pakaian kegemaran yang kerap dikenakan sebelum hamil dan melahirkan bakal membuatkan anda kelihatan seperti buah nangka berbalut, sisihkan sahaja pakaian itu.
Sebaliknya, jika ramai yang memuji anda memakai ketika memakai baju kurung pesak gantung, nampak gayanya itulah pakaian yang sesuai buat sementara waktu ini. Apa yang penting, anda perlulah kelihatan lebih langsing tatkala memakainya dan tidak menjadi bahan usikan teman-teman.
2. “Baju Diet”
Sebagai wanita, anda tentu mempunyai tanggapan bahawa pakaian yang dipakai dapat membantu anda meningkatkan keyakinan sedia ada. Jika tiada pakaian yang bersesuaian untuk dipakai pada hari tertentu, tentu anda mudah hilang mood. Buat anda yang tiada bajet untuk membeli sejumlah pakaian baru bagi memenuhi keperluan saiz tubuh “membesar”” berbanding sebelumnya, jawapannya sangat mudah! Anda hanya perlu memiliki “Baju Diet”.
Baju ini berupaya menutup segala kekurangan diri terutamanya lemak berlebihan di bahagian perut dan paha.”Baju Diet” yang dimaksudkan ialah set seluar girdle (bengkung) dan korset. Dengan memakai set “Baju Diet” sebelum menyarungkan pakaian pilihan, secara automatik, tubuh anda menjadi lebih kemas dan pastinya kelihatan lebih ramping. Dengan yang demikian, pasti anda kekal yakin sepanjang hari.
3. Seluar Hitam
Salah satu “pakaian mesti ada” di dalam almari sesiapa jua pun ialah seluar berona hitam. Hal ini kerana rona hitam memainkan peranan penting dalam memudarkan penglihatan umum agar mereka melihat anda dalam saiz yang lebih kecil. Untuk itu, anda patut “melabur” dengan membeli beberapa helai seluar hitam yang berpotongan lurus.
Paling penting, dapatkan seluar yang sesuai dengan bentuk fizikal anda! Jangan terlalu ketat atau sendat. Sebaik-baiknya, anda digalakkan untuk mendapatkan paling minimum tiga helai seluar hitam sebagai koleksi.
4. Seluar Denim
Tiada seluar lain yang mampu menonjolkan keistimewaan dan menutupi kelemahan fizikal anda sebaik seluar denim. Sama seperti seluar hitam, dapatkan seberapa banyak seluar denim yang sesuai sebagai koleksi anda.
Namun, pemilihan teliti perlu dilakukan sebelum membelinya. Panduan berikut sedikit sebanyak dapat membantu.
a. Punggung yang besar akan kelihatan kecil jika anda memakai seluar denim potongan khusus untuk kaum lelaki.
b. Jika anda mahu kaki kelihatan panjang, beli seluar denim yang panjang dan gandingkan bersama dengan pemakaian sepatu bertumit tinggi.
c. Beri perhatian khusus kepada bahagian poket belakang. Ini kerana ia membantu mengubah penglihatan orang lain terhadap dimensi punggung anda.
d. Jika anda memiliki paha yang besar, hindari rekaan seluar denim yang dilunturkan warnanya di bahagian kaki terutamanya paha. Ia akan menarik perhatian umum untuk melihat bahagian berkenaan.
e. Seluar denim daripada rona indigo gelap adalah pilihan yang paling baik.
5. Label Pilihan
Salah satu cara terbaik untuk membolehkan anda kekal selesa memakai pakaian bagi menyerlahkan penampilan diri ialah dengan mencari label pakaian yang bersesuaian. Tidak semestinya label pakaian yang terkemuka dan mahal harganya mahupun butik pereka terkenal.
Cukuplah sekadar anda membeli pakaian yang diidamkan di kiosk yang tumbuh bagaikan cendawan di kompleks beli belah. Paling penting anda suka dan cocok dengan pakaian yang ditawarkan. Apatah lagi jika harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan kualiti pakaian yang dijual. Bukankah ia suatu bonus buat anda!
6. Pakaian Dalam Baru
Pemilihan pakaian dalam ( bra) yang sepadan dan tepat dengan saiz payu dara akan membuatkan “aset” anda kelihatan lebih mantap. Secara tidak langsung, ia akan memperbetulkan bentuk fizikal anda. Antara lain, ia turut membantu membaiki postur dan garis tubuh serta mengasingkan bahagian dada dan pinggang.
Lebih daripada itu, ia mampu mengalihkan perhatian mata umum daripada melihat bahagian perut anda yang mungkin masih belum surut lagi. Apa yang penting, anda dinasihatkan agar sentiasa mencuba terlebih dahulu bra yang bakal dibeli. Aspek ini perlu dititikberatkan kerana perubahan hormon dan pertambahan atau pengurangan berat badan sentiasa mempengaruhi saiz payu dara.
Di salin dari laman web PA&MA