Jan
11
11
Turunkan berat badan! Dengan ShapeWorks™ ,
Posted under About Herbalife by izalinProgram Peribadi untuk Pengurusan Berat Badan
Pengurusan berat badan adalah asas kepada Herbalife sejak 27 tahun lalu. Fokus utama program ShapeWorks™ adalah untuk membantu orang ramai menguruskan berat badan dan mencapai kesihatan optimum.
Dengan bertambahnya gejala obesiti di seluruh dunia, adalah sungguh jelas sekali bahawa kehadiran Herbalife pada masa ini adalah amat diperlukan.
Tubuh anda adalah unik. Dengan pengetahuan betapa pentingnya untuk mencapai dan mengekalkan tubuh yang sihat demi kegembiraan dan ketenangan fizikal dan mental. Itulah sebabnya Herbalife membangunkan satu diet hanya untuk anda.
ShapeWorks™ adalah satu kejayaan cemerlang program pengurusan berat badan yang terhasil daripada falsafah dan teori penyelidikan serta ujian klinikal Dr David Heber, seorang pakar nutrisi yang terkenal dalam kajian obesiti. Beliau merupakan pengerusi Lembaga Penasihat Saintifik dan Perubatan Herbalife.
ShapeWorks™
Jika anda pernah mencuba untuk menghilangkan berat badan sebelum ini dan gagal, jangan berputus asa. Program ShapeWorks™ menggabungkan Nutrisi Selular dan kuasa protein supaya anda boleh mengawal rasa lapar anda, mengekalkan metabolisme yang sihat dan rasa bertenaga sambil anda menghilangkan kilo yang tidak dikehendaki.
Program ShapeWorks™ mudah, senang diikuti dan enak, menawarkan semua yang anda perlukan untuk mengurangkan berat badan yang berkekalan dengan berjaya.
Mencapai Diri yang Lebih Sihat
Mencapai matlamat berat badan ialah langkah pertama ke arah mencapai kesihatan yang baik. Sebagai peneraju industri pengurusan berat badan dan nutrisi selama lebih 27 tahun, Herbalife boleh menolong anda mencapai kehidupan yang lebih sihat dan seimbang dengan membantu anda menguruskan berat badan untuk kesihatan yang baik.
Kesihatan yang baik bermula dengan Nutrisi Selular
Mengoptimumkan Kesihatan Anda dengan Nutrisi Selular
Untuk rasa sihat anda mesti menjadi sihat. Dan untuk menjadi sihat, anda perlu menyuburkan sel anda. Kami menamakannya Nutrisi Selular, dan ia menjadi asas saintifik kepada setiap produk yang kami tawarkan. Dengan membekalkan sel-sel anda dengan nutrien yang seimbang, sel-sel anda menjadi semakin terbuka, membenarkan ia menyerap dan memproses nutrient. Melalui Nutrisi Selular, Herbalife telah mencipta asas yang terbaik untuk pengurusan berat badan dan hasil yang kekal.
Memperibadikan Pengurusan Berat Badan dengan Shapeworks
Nutrisi dan kuasa protein adalah teras kepada Shapeworks. Satu kejayaan cemerlang dalam pengurusan berat badan, Shapeworks berdasarkan teori yang diuji secara klinikal dan falsafah Dr David Herber, Ketua Pusat Nutrisi Manusia dan Pengerusi Lembaga Saintifik dan Perubatan Herbalife. Dengan 26 tahun sebagai peneraju dalam industri pengurusan berat badan, kami telah mereka bentuk Shapeworks untuk menolong anda mengawal rasa lapar dengan berkesan-cabaran #1 yang dihadapi oleh mereka yang berdiet. Dengan kebolehan untuk menyukat protein secara peribadi, Herbalife telah mencipta kombinasi jaya dengan Shapeworks.
Makmal Nutrisi Selular dan Molekular Mark Hughes
Sebagai peluasan kepada komitmen pengasas Herbalife Mark Hughes kepada kajian saintifik, University or Carlifornia di Los Angeles, telah menubuhkan Makmal Nutrisi Selular dan Molekular Mark Hughes. Makmal ini sebahagian daripada Pusat Nutrisi Manusia UCLA yang tersohor diketuai oleh Pengarah Pengasas Dr David Herber, Profesor Perubatan dan Kesihatan Awam di UCLA.* Herbalife telah menetapkan kriteria untuk mengkaji semula semua produk yang dikeluarkan untuk memastikan piawaian kualiti yang paling tinggi. Semua produk yang mencapai tahapgarispanduan ini telah diperakukan Nutrisi Selular yang diakui.
Herbalife dan Pengurusan Berat Badan
Lebih 26 tahun dahulu, Herbalife ialah salah satu syarikat yang merintis produk-produk serbuk pengurusan berat badan. Hari ini, Herbalife menjual produk-produk ini di lebih 60 negara do merata dunia.
Efektif dan Mudah
And tidak perlu meninggalkan hidangan dengan sengaja untuk berjaya dengan Herbalife. Sebaliknya, program pengurusan berat badan kami menggalakkan anda mengambil snek yang sihat. Program kami ialah program pengurusan badan yang menawarkan pilihan yang paling banyak dan efektif yang anda boleh cuba, dan ia mungkin merupakan satu-satunya program pengurusan badan yang anda perlukan!
Hasil pengurusan berat badan berbeza-beza daripada seorang kepada seorang. Anda dinasihati supaya merujuk kepada pakar perubatan sebelum memulakan program ini atau program pengurusan berat badan yang lain.
-
Dibangunkan secara saintifik dan dikeluarkan pada piawaian pengekstrakan, ShapeWorks Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink menyediakan nutrisi seimbang dengan protein soya dan Nutrisi Selular sebagai asasnya.
-
Terlalu sibuk untuk makan pagi? Terlalu letih untuk memasak? Minumlah shake! Bungkusannya yang mudah dibawa ke mana-mana memudahkan anda memperoleh nutrisi yang bagus tanpa bersusah payah!
-
Lupakan diet suram yang berkisar di sekeliling beberapa barang yang spesifik. Dengan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorks, anda masih boleh makan makanan lazat yang memuas dan mengenyangkan.
-
Tiada lagi diet turun-naik. Program Pengurusan Berat Badan Herbalife adalah lebih daripada diet- ia adalah cara hidup yang sihat. Selepas mencuba produk-produk ini, banyak pelanggan Herbalife berasa lebih sihat, dan tidak pernah terbayang untuk meninggalkan program ini.
-
Produk-produk Herbalife menghasilkan rasa vitaliti dan kesejahteraan. Banyak pelanggan yang bercerita tentang peningkatan tenaga yang membolehkan mereka menghabiskan masa melakukan aktiviti yang mereka gemar.
-
Anda boleh menjimatkan bil makanan kerana anda tidak lagi teringin untuk membeli makanan dalam bungkusan yang mahal seperti coklat, biskut , gula-gula, kerepek dan snek lain yang tidak menyihatkan.




Add A Comment
You must be logged in to post a comment.