20 Makanan Yang Boleh Bantu Kita Langsing

May 1st, 2012 izalin Posted in Info Makanan, Menu rendah kalori, Tips langsing No Comments »

Bila kita sebut nak langsingkan badan, perkara penting yang harus kita titik beratkan adalah pemakanan selain senaman. Diet yang sesuai boleh membantu anda mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan. Ok, untuk kali ni saya nak kongsi antara 20 makanan yang boleh kita jadikan sahabat ketika proses melangsingkan badan.

Makanan untuk sarapan

Keju -Tahukah anda, keju amat baik dalam membantu anda berdiet kerana ia mengandungi sejenis protein iaitu whey protein yang bertindak untuk merembeskan hormon yang menjadi petunjuk kepada otak. Petunjuk yang simaksudkan adalah, KENYANG. Sebab itulah bila anda makan keju anda akan mudah MUAK…:)

Putih Telur – Asid amino dalam putih telur membina otot tubuh. Apabila proses ini berlaku, metabolisme anda juga akan meningkat.

Oat – Oat sangat bagus kerana ia tidak mengandungi sebarang gula tambahan di dalamnya. Mengamalkan oat juga boleh membantu melancarkan perjalanan darah.

Makanan untuk tengahari

Sayur & kacang – Ikan bakar dan sayur campur adalah menu terbaik untuk makan tengahari. Setengah cawan sayur atau kacang mengandungi 150 kcal kalori dan kaya dengan protien, serat dan anti oksidan.

Sushi – Anda penggemar sushi? Berita baik untuk anda, kerana sushi hanya mengandungi 30-40 kcal kalori sahaja. Tapi elakkan yang digorang atau yang diletak mayonis.

Yogurt bebas lemak – 1 sudu yogurt asli mengandungi 10 kcal kalori. Tambahkan yogurt ke dalam salad anda.

Limau nipis atau Lemon – Kedua-dua buah sitrus ini membantu badan anda membuang lemak yang ada dalam badan anda. Haruman sitrus ini akan membuat anda lebih segar untuk menikmati makanan diet anda. Tambahkan sedikit limau nipis atau lemon ke dalam dressing untuk salad anda.

Makanan untuk petang

Lobak Merah – Lobak merah kaya dengan serat dan rendah kalori. Kunyahlah lobak merah untuk menggantikan keropok pada waktu anda inginkan makanan petang. Mengamalkan lobak merah juga membantu sistem penghadaman anda.

Kerepek soya – Kerepek soya dijadikan dari biji soya yang telah dikeringkan dan dibakar. 1.3 auns kerepek soya mengandungi 140kcal kalori. Dalam satu hidangan kerepek soya, anda akan mendapat 9g protein.

Buah kering – Kaya dengan serat dan tidak mengandungi lemak tepu. Jadi ia baik untuk di amalkan. Tapi kalorinya agak tinggi, maka anda harus menghadkan pengambilannya setakat 1/4 cawan sahaja.

 Makanan untuk malam

Udang – Makan 3 auns udang bermakna anda mengambil 84 kcal kalori. Ia bersamaan dengan 2/3 kalori yang ada dalam daging ayam. Rebus udang dan campurkan dengan minyak zaiton, kacang pis, garam, dan lada sulah..pasti sedap!

Piza – Piza??Ya, piza yang dimasak sendiri. Banyakkan sayur sebagai topping dan taburkan keju secara terkawal. Sedap dan menyihatkan.

Tauhu – 3 auns tauhu bersamaan 50 kcal kalori. Jadikan tauhu sebagai ramuan utama dalam sup anda. Selain itu anda boleh membakarnya dan jadikan tauhu sumbat. Masukkan inti sayuran ke dalam tauhu anda dan makan bersama sos yang anda buat sendiri. Jimat dan menyihatkan!

Ayam panggang – Daging ayam termasuk ke dalam kategori daging putih. Anda boleh memanggangnya tanpa kulit atau memerap ayam anda dengan lada hitam atau herba. Elakkan sos barbeku dan lain-lain. Tindakan ini menghalang sebanyak 240 kcal dari memasuki badan anda..

Ubi kentang – Sebiji ubi kentang mengandungi kira-kira 115 kcal kalori. Nikmati ubi kentang yang dibakar atau dipanggang. Elakkan ubi kentang yang digorang.

Sos salsa – Sos salsa mengandungi tomato segar, cili, dan ia ditumis menggunakan minyak zaiton. Dua sudu sos salsa mengandungi 50 kcal kalori dan 5 g lemak lebih rendah berbanding sos krim biasa.

 


Rampingkan perut dalam 24 jam

May 1st, 2012 izalin Posted in Tips langsing No Comments »

Anda boleh rampingkan perut bahagian abdomen dengan hanya menguyah snek tinggi serat. Diet tinggi serat bertindak umpama span yang menyerap kesemua cecair di dalam perut dan mengangkutnya ke dalam usus untuk mengurangkan perut buncit.

Untuk kelihatan ramping, nikmati sebiji epal, segenggam aprikot kering atau biskut kraker yang disapu mentega kacang sekurang-kurangya 2 jam sebelum menyarung baju renang atau gaun malam mengikut bentuk badan kesukaan anda.


Petua Menguruskan Badan

May 1st, 2012 izalin Posted in Tips langsing No Comments »

Banyak petua untuk menguruskan badan. Anda boleh pilih yang mana berkenan dan boleh cuba…

1. Pokok Dukung Anak – Ambil pokok dukung anak, temulawak dan gula melaka dan rebuskan bersama. Amalkan ia sebagai minuman harian.

2. Delima Putih – Ambil 2 biji buah delima putih bersama sedikit garam. Bersihkan buah tersebut dan tumbuk sehingga halus. Campurkan tiga sudu makan air masak dan sedikit garam, tapis dan minum 3 kali sehari.

3. Hempedu Bumi – Ambil sedikit daun hempedu bumu, daun lagundi dan gula melaka. Gaul kesemua bahan tersebut dan sapukan ke seluruh bahagian tubuh yang berlemak.

4. Lengkuas – Ambil lengkuas dan 1 sudu makan madu asli. Tumbuk lengkuas sehingga lumat. Tapiskan dan campurkan dengan madu asli lalu diminum. Amalkan cara ini sehingga terdapat perubahan.

5. Buah Pinang – Hiris buah pinang nipis-nipis dan jemur sehingga kering. Apabila telah kering, tumbuk hirisan pinang tersebut hingga menjadi serbuk. Ambil ½ sudu teh serbuk buah pinang tersebut dan masukkan ke dalam secawan air panas untuk diminum 2 kali sehari.

6. Limau Nipis – Buat minuman teh seperti biasa tanpa membubuh gula, sebaliknya tukarkan dengan limau nipis. Minum setiap hari.

 


Hapuskan Lemak Dengan Yogurt

April 4th, 2012 izalin Posted in Tips langsing No Comments »

Adakah anda penggemar yogurt? Jika ya, ada berita baik untuk anda. Yougurt mampu membantu anda mencapai impian badan langsing anda. Jika anda sedang menjalani program diet, bolehlah menambah yogurt sebagai makanan rendah kalori.

Yogurt boleh membantu menghilangkan lemak pada bahagian perut seterusnya boleh menurunkan berat badan. Selain itu, yogurt juga dapat membantu menjaga berat otot dua kali ganda lebih efektif. Produk tenusu yang mengandungi kalsium yang dapat melambatkan proses terbentuknya lemak dalam tubuh.


Petua hilangkan selulit pada kulit

October 19th, 2011 izalin Posted in Tips langsing No Comments »

Petua Hilangkan Selulit

1. Amalkan makan makanan seimbang dan kurangkan lemak serta karbohidrat. Minum air secukupnya.

2. Untuk mengurangkan takungan air dalam tubuh, anda boleh mencuba sejenis teh duratik yang boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.

3. Gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak. Kurangkan pengambilan makanan seperti biskut, coklat dan ais krim.

4. Bersukan dan bersenam membantu merangsangkan peredaran darah dan meningkatkan sistem serta proses pembuangan. Secara tidak langsung membakar lemak.

5. Sauna dan mandi wap juga boleh merangsang peredaran darah dan memecahkan lemak. Lebih berkesan jika disertakan dengan urutan.

6. Urutan dapat merangsang peredaran darah dan secara tidak langsung membantu menghindari lemak yang berkumpul.

7. Hindari tekanan kerana boleh menyebabkan otot tertekan sehingga menghalang kelenjar pembuangan racun tubuh.

8. Jika anda penggemar minuman berkafein, elakkan mengambil lebih daripada satu cawan kopi atau teh pada setiap hari. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar.

9. Kurangkan pengambilan garam. Gantikan dengan buah dan sayuran segar, kacang buncis, tempe, daging tidak berlemak dan ikan.

10. Pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen diserap ke bahagiantubuh. Pastikan anda mengamalkan cara pernafasan yang betul.


10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme

June 21st, 2010 izalin Posted in Tips langsing No Comments »

10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda….

1. Bina otot-otot (build Muscle).Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2. Bersenam aerobik atau berjogging.Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3. Minum banyak air.Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air.Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5. Makan lebih kerap.Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil snek setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snek mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6. Pedaskan masakan anda.Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein.Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum kopi.Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula.

9. Minum teh hijau.Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

10. Elakkan crash diet.Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:

1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi

2. Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak-faktor hormon)

3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas.

Kredit to mamaboomboom..:D


Perut buncit? Jom baca tips kempiskan perut.

April 21st, 2010 izalin Posted in Tips langsing No Comments »

Ramai yang mengeluh bila perut dah maju ke depan. Selain senaman perut, berikut adalah tips yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan perut buncit

Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang t ida k terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil t ida k dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.


Rahsia Langsing Selepas Bersalin

January 7th, 2010 izalin Posted in Tips langsing No Comments »

6 rahsia langsing selepas bersalin

Berat badan naik selepas melahirkan? Anda tidak perlu berdiet sakan menahan makan kerana ada banyak cara lain yang boleh dilakukan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN ada rahsia yang boleh anda usahakan jika mahu kelihatan lebih menawan.

1. Gaya Tersendiri

Apa yang anda sarungkan di tubuh merupakan pasport kepada penampilan diri yang anggun. Jika tersalah cara, dikhuatiri ia bakal menjadi di sebaliknya pula. Oleh kerana itulah amat penting untuk anda memilih pakaian yang benar-benar padan dengan bentuk tubuh baru selepas melahirkan. Dengan yang demikian, diharapkan pakaian berkenaan mampu menampilkan diri dalam keadaan yang lebih kecil daripada saiz asal.

Dalam masa yang sama, cari dan cipta gaya baru yang tersendiri. Asalkan ia secocok dengan keadaan bentuk fizikal anda. Jika pakaian kegemaran yang kerap dikenakan sebelum hamil dan melahirkan bakal membuatkan anda kelihatan seperti buah nangka berbalut, sisihkan sahaja pakaian itu.

Sebaliknya, jika ramai yang memuji anda memakai ketika memakai baju kurung pesak gantung, nampak gayanya itulah pakaian yang sesuai buat sementara waktu ini. Apa yang penting, anda perlulah kelihatan lebih langsing tatkala memakainya dan tidak menjadi bahan usikan teman-teman.

2. “Baju Diet”

Sebagai wanita, anda tentu mempunyai tanggapan bahawa pakaian yang dipakai dapat membantu anda meningkatkan keyakinan sedia ada. Jika tiada pakaian yang bersesuaian untuk dipakai pada hari tertentu, tentu anda mudah hilang mood. Buat anda yang tiada bajet untuk membeli sejumlah pakaian baru bagi memenuhi keperluan saiz tubuh “membesar”” berbanding sebelumnya, jawapannya sangat mudah! Anda hanya perlu memiliki “Baju Diet”.

Baju ini berupaya menutup segala kekurangan diri terutamanya lemak berlebihan di bahagian perut dan paha.”Baju Diet” yang dimaksudkan ialah set seluar girdle (bengkung) dan korset. Dengan memakai set “Baju Diet” sebelum menyarungkan pakaian pilihan, secara automatik, tubuh anda menjadi lebih kemas dan pastinya kelihatan lebih ramping. Dengan yang demikian, pasti anda kekal yakin sepanjang hari.

3. Seluar Hitam

Salah satu “pakaian mesti ada” di dalam almari sesiapa jua pun ialah seluar berona hitam. Hal ini kerana rona hitam memainkan peranan penting dalam memudarkan penglihatan umum agar mereka melihat anda dalam saiz yang lebih kecil. Untuk itu, anda patut “melabur” dengan membeli beberapa helai seluar hitam yang berpotongan lurus.

Paling penting, dapatkan seluar yang sesuai dengan bentuk fizikal anda! Jangan terlalu ketat atau sendat. Sebaik-baiknya, anda digalakkan untuk mendapatkan paling minimum tiga helai seluar hitam sebagai koleksi.

4. Seluar Denim

Tiada seluar lain yang mampu menonjolkan keistimewaan dan menutupi kelemahan fizikal anda sebaik seluar denim. Sama seperti seluar hitam, dapatkan seberapa banyak seluar denim yang sesuai sebagai koleksi anda.

Namun, pemilihan teliti perlu dilakukan sebelum membelinya. Panduan berikut sedikit sebanyak dapat membantu.

a. Punggung yang besar akan kelihatan kecil jika anda memakai seluar denim potongan khusus untuk kaum lelaki.

b. Jika anda mahu kaki kelihatan panjang, beli seluar denim yang panjang dan gandingkan bersama dengan pemakaian sepatu bertumit tinggi.

c. Beri perhatian khusus kepada bahagian poket belakang. Ini kerana ia membantu mengubah penglihatan orang lain terhadap dimensi punggung anda.

d. Jika anda memiliki paha yang besar, hindari rekaan seluar denim yang dilunturkan warnanya di bahagian kaki terutamanya paha. Ia akan menarik perhatian umum untuk melihat bahagian berkenaan.

e. Seluar denim daripada rona indigo gelap adalah pilihan yang paling baik.

5. Label Pilihan

Salah satu cara terbaik untuk membolehkan anda kekal selesa memakai pakaian bagi menyerlahkan penampilan diri ialah dengan mencari label pakaian yang bersesuaian. Tidak semestinya label pakaian yang terkemuka dan mahal harganya mahupun butik pereka terkenal.

Cukuplah sekadar anda membeli pakaian yang diidamkan di kiosk yang tumbuh bagaikan cendawan di kompleks beli belah. Paling penting anda suka dan cocok dengan pakaian yang ditawarkan. Apatah lagi jika harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan kualiti pakaian yang dijual. Bukankah ia suatu bonus buat anda!

6. Pakaian Dalam Baru

Pemilihan pakaian dalam ( bra) yang sepadan dan tepat dengan saiz payu dara akan membuatkan “aset” anda kelihatan lebih mantap. Secara tidak langsung, ia akan memperbetulkan bentuk fizikal anda. Antara lain, ia turut membantu membaiki postur dan garis tubuh serta mengasingkan bahagian dada dan pinggang.

Lebih daripada itu, ia mampu mengalihkan perhatian mata umum daripada melihat bahagian perut anda yang mungkin masih belum surut lagi. Apa yang penting, anda dinasihatkan agar sentiasa mencuba terlebih dahulu bra yang bakal dibeli. Aspek ini perlu dititikberatkan kerana perubahan hormon dan pertambahan atau pengurangan berat badan sentiasa mempengaruhi saiz payu dara.

Di salin dari laman web PA&MA

Blog Widget by LinkWithin