FAQ (Frequently Asked Question atau Soalan Lazim) Mengenai Sauna

1) Adakah bersauna memang berkesan menurunkan berat badan?

Ya, Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan turunkan berat badan. Ini adalah kerana dengan bersauna kadar metabolisme badan akan meningkat dan ini akan meningkatkan kadar pembakaran kalori dalam badan.

2) Bagaimana Sauna Boleh turunkan berat badan?

Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan kita untuk melancarkan peredaran darah, proses mengeluarkan peluh yang menyebabkan badan kita sedang ‘bersenam’ secara selamat dan istirehat. Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori.

Semasa bersauna kalori akan membakar 700-1000KJ setiap sesi. Penurunan berat badan bukan kerana wap panas atau pemanas infrared tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna. Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda rasa lebih segar, tenang dan ringan.

Malahan bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik, garam-garam buangan yang tidak diperlukan dan lain-lain kotoran dalaman hasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, heart attack dan sebagainya.

3) Berapa kali saya perlu bersauna dalam seminggu?

3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air  selepas dan sebelum bersauna.

4) Bilakah masa yang sesuai untuk bersauna?

Bila-bila masa anda FREE..Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.

5) Saya baru bersalin. Bila masa paling sesuai untuk bersauna semasa dalam pantang?

Sangat baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan anda. Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi. Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.

6) Kenapa saya bersauna dah 2 bulan tapi turun sikit je?

Untuk menurunkan berat badan dengan lebih pantas apabila kita bersauna, kita harus mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan mempunyai kalori yang tinggi.

7) Berat Badan saya dah turun, adakah saya perlu terus bersauna?

Ya, anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.

8) Adakah bersauna beri kesan sampingan seperti kalau tak sauna badan naik mendadak?

Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan ..Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Blog Widget by LinkWithin