Aug
20
Posted under
About Sauna Benefit Mempunyai set sauna sendiri di rumah memang memberi banyak kemudahan dan manfaat kepada kita. Dengan adanya set sauna sendiri anda boleh melakukan sauna pada bila-bila masa dengan privasi. Mengapa kita perlu bersauna?
Terdapat banyak kebaikan dari segi kesihatan apabila kita bersauna. Tahukah anda mengapa bersauna baik untuk kesihatan kita?
Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.
Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.
Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.
Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.
Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).
Khasiat – kasiat lain adalah
1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .
2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.
3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.
KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah..
Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda?
Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:
1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
Feb
26
Posted under
Pengurusan berat badan
- Untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan, anda mesti ada matlamat kenapa anda ingin kurangkan berat badan. Mengurangkan berat badan bukanlah jawapan untuk semua masalah anda tetapi ia boleh mengubah anda kepada berat badan yang sihat dan meningkatkan keyakinan anda, kerja anda, kehidupan sosial anda, kepercayaan pada diri sendiri dan boleh berinteraksi dengan orang lain.
- Menguruskan badan tidak melibatkan diet yang menjadi kegemaran anda atau cara makan yang aneh. Anda boleh menguruskan badan dengan selamatnya sekiranya makanan yang seimbang kurang lemak diambil dengan jumlah yang sederhana.
- Makanan yang anda ambil akan bertukar menjadi tenaga. Tenaga boleh didapati daripada protin, karbohidrat dan lemak. Tenaga disukat dengan kalori. Kurangkan kalori dari makanan dan minuman. Sekiranya anda mengambil kalori yang lebih dalam pemakanan anda dan kurang bakar lemak, tambahan tenaga akan menyimpannya sebagai lemak. Badan menggunakan banyak tenaga apabila anda bersenam dan ia akan mengurangkan lemak di dalam tisu badan anda.
- Makanan yang berlemak hendaklah dikurangkan. Elakkan daging berlemak tinggi seperti sosej dan daging kisar. Ayam hendaklah dimakan tanpa kulit dan ikan hendaklah dipanggang, bakar atau ketuhar dan tidak digoreng. Pilih daging yang telah dibuang lemaknya. Kurangkan makanan manis, gula, pai dan pastry berempah, biskut, kek, makanan rangup dan kacang. Semua ini berlemak tinggi dan kurang nutrien. Gantikan susu berlemak penuh dengan yang kurang lemak seperti susu kurang lemak, yogurt kurang lemak dan keju kurang lemak.
- Sentiasa melakukan senaman kerana ia penting untuk anda. Tiga kali seminggu dalam jangkamasa dua puluh minit sehari boleh membakar lemak. Lakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti berjalan, memanjat tangga dan tidak menggunakan lift, berbasikal dan berenang. Menari juga adalah cara yang baik untuk senaman tambahan. Ia boleh mengurangkan berat badan dan kesihatan dan kesegaran badan akan menjadi bertambah baik. Berat badan anda akan sentiasa berubah setiap hari. Oleh itu, timbang berat anda seminggu sekali.
- Anda mesti makan secara teratur. Jangan tinggal waktu-waktu makan anda. Apabila hendak makan, gunakan pinggan yang kecil supaya makanan anda nampak banyak. Anda mesti lebih prihatin terhadap apa yang anda makan. Elakkan makan snek waktu malam dan makan di hadapan TV.
- Jangan fikir untuk mengurangkan pengambilan makanan secara mendadak (makan ganti kalori rendah, minuman, sup dan sebatang snek). Makanan-makanan ini tidak memberi makanan seimbang bernutrien seperti makanan biasa. Air dan protin akan hilang daripada badan dan bukannya lemak yang berlebihan. Apabila anda makan seperti sediakala, air dalam badan akan bertambah dan ini akan menambahkan lagi berat badan anda. Mereka yang mengamalkan cara pemakanan begini akan menambahkan lagi berat badan mereka setiap kali mereka makan seperti biasa.
Sumber : http://ms.shvoong.com